Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Al-Hamdulillah, Pergram Ziarah Ukhwan Ke Kampung Long Pa Sia Sipitang telah berjaya dilaksanakan pada bulan Ramadhan 1431H bersamaan 2010M. Program ini adalah anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Bahagian Pedalaman Bawah dan antara agensi yang terlibat dalam menjayakan program ini ialah Pemuda UMNO Parliman Beaufort, Parliman Sipitang, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM ) Zon Sabah dan Pusat Zakat Sabah.
Objektif Program ini antaranya;
- Membina jalinan hubungan ukhwah Islamiah, Mahabbah dan kasih sayang yang tinggi sesama Islam.
- Menambahkan kesedaran dan tanggungjawab dalam sanubari seluruh masyarakat Islam bahawa tanggungjawab mengimarahkan Islam terpikul ke atas semua umat Islam yang diamanahkan Oleh Allah s.w.t.
- Mengajak umat Islam agar menghayati Islam sebagai cara hidup yang syumul.
Dan antara aktiviti yang dilaksanakan ialah;
- Menziarahi Saudara Baru di Kampung Long Pa Sia dan Kampung-kampung yang berdekatan seperti Kg Long Mio .
- Menyerahkan Sumbangan ( barang keperluan seharian ) kepada Saudara Baru.
- Berbuka puasa bersama Saudara Baru serta masyarakat Islam setempat.
Antara Aktiviti Bergambar...
Sebelum bertolak ke Destinasi, Kami berkumpul di depan Dewan Serbaguna Sipitang untuk sesi taklimat perjalanan program serta membaca doa untuk memudahkan perjalanan ke Kg Long Pa Sia.
Jalan menuju ke Long Pa Sia.
Berehat sekejap di pertengahan jalan dari sipitang menuju kampung Long Pa Sia
Permandangan dari atas bukit yang berdekatan kg tersebut
Jalan di dalam Kg tersebut
Sekian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan