Syukur Al-Hamdulillah, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 28-30 Mei 2010 yang lalu bertempat di SMK Membakut II. Peserta Program kali ini seramai 94 Orang terdiri daripada 3 buah Sekolah Menegah di sekitar Daerah Kecil Membakut ini iaitu SMK Membakut I, SMK Membakut II ( Tuan Rumah ) dan SMK St Patrick.
Antara Objektif Program ini ialah ;
- Mengeratkan hubungan silaturrahim antara sesama Islam agar dapat berkongsi idea serta percambahan minda untuk membina kemajuan diri dengan lebih cemerlang dan, 
- Mengetahui kepentingan ibadah dalam aspek kehidupan seharian sebagai pelengkap yang paling asas untuk membentuk disiplin dan rohani.
Setiap Pelajar di mestikan membuat saringan kesihatan selepas mendaftarkan diri. Ianya bertujuan untuk mengetahui tahap kesihatan pelajar yang mengikuti perkhemahan ini. Dan di dapati seorang pelajar perempuan mempunyai tekanan darah yang tinggi dan atas nasihat jururawat yang bertugas, pelajar tersebut tidak dibenarkan mengikuti sebarang aktiviti yang lasak sepanjang perkhemahan ini.
Pelajar memasang Khemah di bantu oleh fasilitator masing-masing...
Ice Breking dikendalikan Oleh Cikgu Dali Bin Yusof, Guru SMK Membakut I. Melalui Ice Breking ini lah juga pelajar terus di bahagikan mengikut kumpulan iaitu sebanyak 10 Kumpulan.
Taklimat disampaikan Oleh Kem Komander; Cikgu Rosman Bin Dulamit, Kaunselor SMK Membakut II. Pelajar duduk dalam kumpulan.
Slot "Terlebih Sudah" disampaikan Oleh SM Pajar Ali Bin Rosman
Beginilah permandangan suasana Kem Remaja Bestari....

Ketua Balai Polis
Daerah Kecil Membakut
Objektif ;
- Menerangkan kepada pelajar tentang perkara yang salah disisi undang-undang yang melibatkan antara pelajar dan pihak berkuasa.
Ianya juga bertujuan agar pelajar takut dan berwaspada dengan setiap tingkahlaku mereka. Jangan sampai tersilap langkah.... Sesal dahulu Pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna...
Riadah, antara permainan yang diketengahkan ialah;
- Gelang Getah,
- Pakaian berhias menggunakan surat khabar
- Baling Belon Berair
Objektif ketiga-tiga permainan ini ialah
- Untuk menyehatkan badan
- Berfikiran kreatif dan terbuka
- Mengeratkan Silatur Rahim
Program "1 Impian 1 Harapan" yang disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Syamsuri Bin Ghazali, Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah.
Objektif pengisian Slot ini ialah;



- Memberi kesedaran kepada pelajar terhadap pengorbanan ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka berjaya di masa hadapan.


Antara Pengisian Program pada Majlis Penangguhan dan Perasmian iaitu Program "Asal Dari Kampung".
Antara objektif pengisian Asal Dari Kampung ini ialah
Majlis Penangguhan dan Perasmian yang disempurnakan Oleh Yang Berbahagian Datu Limen Bin Datu Hussain, Pengarah YADIM Zon Sabah. Di iringi Oleh Pegawai Tadbir Agama, Ustaz Abidin Ali Hassan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Bahagian Pedalaman Bawah Beaufort dan juga Tuan Pengetua SMK Membakut II, Tuan hjh Maimun. Peserta Menerima Hadiah berupa Hamper dan juga Sijil Penyertaan. Tahniah diucapakan....
- Memberi peluang kepada pelajar untuk meluahkan Azam dan Harapan mereka pada masa hadapan di hadapan Ibu dan Bapa pelajar sendiri.
- Dalam Program ini, Ibu Bapa dapat memahami dan menyelami naluri, hati budi serta perasaan anak mereka yang mahukan meluahkan sesuatu tetapi sukar untuk diungkapan di hadapan mereka secara terbuka.
Setelah berkampung di halaman SMK Membakut II selama 3 hari, 2 Malam, dan banyak mendapat pengalaman yang berfaedah, pelajar pun bersurai untuk balik ke rumah masing-masing dengan semangat yang baru....
Mudah-mudahan dengan semangat yang baru itu, akan merubah perjalanan hidup pelajar yang terlibat kearah yang lebih baik dan cemerlang.... Harapan pihak penganjur, setelah mengikuti program seumpama ini, pelajar sedar akan kesilapan yang telah mereka lakukan sebelum ini dan berubah kearah kebaikan... Amin...
Beginilah suasana semasa pelajar berkemas selepas Majlis Penangguhan dan Perasmian. Pelajar tidak sabar untuk balik ke rumah masing-masing dengan azam dan semangat yang baru...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan